Sekadar
renungan utk sama2 dihayati...semoga sama2 mendapat manfaatnya...
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Antaranya adalah yg berkaitan dengan WUDUK... iaitu antara rutin yg mesti dilakukan samada utk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya... Ketika berwuduk, sebaik2nya cubalah didik hati supaya dapat niatkan sesuatu spt berikut :
1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku
ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2.
Ketika
membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di
akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini."
Penjelasan: Ahli syurga mukanya
putih berseri-seri.
3.
Ketika
membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah
hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan
hisab-hisabnya di tangan kanan.
4.
Ketika
membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau
berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan
hisab-hisabnya di tangan kiri.
5.
Ketika
membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari
terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar
seumpama matahari sejengkal di atas kepala.
6.
Ketika
membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga
ku ini" .
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat,
memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..
7.
Ketika
membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku
melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi
titian dengan pantas sekali.
8.
Ketika
membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku
pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasan :Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Pernah
kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah
kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah
kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah
dan bertaubat selalu...
Peringatan utk diri sendiri jua.... Semoga kita sama2 tergolong dalam golongan orang2 yang diredhaiNYA serta mendapat rahmatNYA selalu... Amin...
Wassallam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar